Hotel di Gambang

Anda tidak akan jumpa hotel di Gambang
Tetapi ada beberapa rumah tamu (Guest House) yang setaraf dengan kemudahan hotel.
Antaranya ialah Gambang Perdana Boutique , sebuah rumah tamu yang menyediakan kemudahan ala hotel suite.  Harga hanya dari RM150/malam  anda akan dapat sebuah hotel suite, hebat kan.

Terletak di hadapan UMP Gambang ianya sangat sesuai untuk pegawai yang datang untuk menghadiri kursus atau seminar di Kuantan atau Gambang.

Mengapa bayar lebih untuk tinggal di hotel di Kuantan , jika anda boleh dapat hotel suite di Gambang, yang terletak hanya 1.5km dari tol Gambang LPT.

Satisfied Customer

Satisfied Guest

Alhamdulillah tetamu berpuas hati dengan kemudahan yang diberikan. Satisfied Guest

Bercuti di Sunway Vacation Resorts

Kumpul Mata Ganjaran untuk bercuti di Sunway Resort Suites atau atau mana-mana Sunway Resorts.


Anda berpeluang bercuti di Sunway Resort Suites atau mana Sunway Resorts dengan mengumpul mata ganjaran apabila anda menginap atau mengesyorkan orang menginap di Gambang Perdana Boutique Homestay.

Mata ganjaran dikumpul ialah 1 mata untuk setiap RM20 penyewaan, iaitu jika menginap satu malam di unti 2A (RM180) akan mendapat 9 mata ganjaran.

Sayarat-syarat adalah seperti berikut:
1) Penempahan hendaklah dilakukan secara online di GPBHomestay.wordpress.com
2) Tiada mata ganjaran jika telah diberi diskaun atas promosi lain
3) Mata ganjaran akan ditolak jika berlaku kerosakan yang berlaku di GPBH semasa menginap.

Anda boleh lihat Jadual Mata (Points Table) bagi percutian di Sunway Vacation Resorts.

http://www.sunway.com.my/vacationclub/mbr_activities.html

sebagai contoh : Jika anda menginap di GPBH unit 2A selama 4 malam terkumpul (RM 720) anda akan kupul 36 mataganjaran. Ini melayakkan anda dapat menginap di Sunway Resort Suites satu malam satu bilik pada Normal Season hari Weekday.

Bilangan unit Apartmen

Kami ingin memaklumkan bahawa GPBHomestay hanya ada dua unit apartmen sahaja.
Unit berkaitan ialah 2A dengan kadar sewa RM180/malam
dan unit 2B dengan kadar sewa RM150/malam.

Penyewaan kepada Muslim sahaja.

Sebelum membuat tempahan sila semak kalender untuk memastikan masih ada kekosongan atau tidak.

Sekian, terima kasih

Dua Restoran Popular tetapi HARAM

OLD TOWN white cofee dan AP Ayam Penyek HARAM

Rata-rata jalan-jalan cari makan , dua restoran ini sangat popular di kalangan orang Melayu. Tetapi adakah mereka tahu bahawa dua restoran ini tidak memiliki sijil Halal ?

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Tukang masak adalah orang kafir, yang masak cara dia dan tidak menjaga kebersihan dan kesucian yang diperlukan oleh Islam

Yang ada status halal adalah pada minumannya sahaja.  Oleh itu berwaspadalah apabila pergi makan di restoran sebegini.

AP Ayam Penyet disahkan tidak Halal di Selangor

Jika diperhatikan di Kuantan, di Jalan Tun Ismail dan juga di Bersatu Mega Mall, tiada tanda HALAL.  Dulunya ada tetapi sekarang Tanda HALAL pun dah ditanggalkan oleh pemilik restoran

“Restoran AP Ria Sdn Bhd (Ayam Penyet) telah kami sahkan TIDAK HALAL di NEGERI SELANGOR mewakili JAKIM. Harap ambil perhatian.

Buat tekad baru memajukan perniagaan orang Islam dan menjaga kesucian Halal dan mengelak yang Haram. Prihatinlah bahawa Darah daging yang ada unsur haram tidak akan dapat memasuki syurga. Masak makanan sendiri atau makan di restoran Islam yang tertib mengikut adab keIslaman.

Please Follow : http://halalhubmuslim.blogspot.com

http://halalhubmuslim.wordpress.com

Konvokesyen ke-8 Universiti Malaysia Pahang

Majlis konvokesyen ke-8 Universiti Malaysia Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 5-6 Oktober 2013.

pentas8

Suasana di dalam Dewan Kompleks Sukan semasa sesi pertama Majlis Konvokesyen Ke 8 UMP yang disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang juga Canselor UMP pada pagi sabtu yang lalu

graduan8

Graduan UMP sesi pertama tenang setelah menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke 8 UMP yang disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang juga Canselor UMP pada pagi sabtu yang lalu…..Tahniah semua dan berharap tidak akan melupakan UMP tempat pahit dan manis, suka dan duka sepanjang pengajian di universiti ini

keluar8

Perarakan KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang juga Canselor UMP didahului dengan pembawa Cokmar diiringi oleh Pro Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Naib Canselor dan wakil-wakil IPT keluar dewan konvokesyen selepas menyampaikan ijazah kepada graduan

Anugerah Kehormat Konvo ke-8 Universiti Malaysia Pahang

Ijazah Kerhormat 2013 konvo-8

KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang juga Canselor UMP menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia kepada Prof Emeritus Dato’ Dr Abu Azam bin Md Yassin dalam Majlis Konvokesyen Ke 8 UMP. Beliau merupakan teraju utama kepada kumpulan perintis yang mengasaskan penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sebagai rektor pertama KUKTEM, jasa dan sumbangan beliau amat besar dalam mengasaskan penubuhan universiti ini. Terima kasih YH Dato’ dari seluruh warga UMP